Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    Microsoft langgar peraturan rangkaian sosial – Twitter

    SAN FRANCISCO, 19 MEI – Twitter kelmarin menuduh Microsoft melanggar peraturan rangkaian sosial bagi pembangun yang mengakses data platform, menurut salinan surat yang dilihat oleh AFP.

              “Microsoft berkemungkinan telah melanggar klausa perjanjian untuk tempoh masa yang panjang,” menurut surat yang ditandatangani oleh peguam Musk, Alex Spiro dan dihantar kepada ketua eksekutif Microsoft, Satya Nadella.

              Microsoft berhenti mengakses data Twitter pada April, memilih untuk tidak membayar Musk yang menuntut pembangun membayar yuran untuk Application Programming Interfaces (API) yang terlibat dengan platform, menurut surat itu. – AFP

    Logo Twitter dilihat pada bahagian luar ibu pejabat Twitter di San Francisco, California, pada 28 Oktober 2022. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -