Tuesday, December 5, 2023
23.1 C
Brunei

    -

    Microsoft setuju bayar denda AS$20 juta atas pelanggaran privasi kanak-kanak

    WASHINGTON, 6 JUN – Syarikat teknologi Microsoft bersetuju membayar denda sebanyak AS$20 juta bagi menyelesaikan pertuduhan bahawa syarikat itu mengumpul maklumat peribadi kanak-kanak tanpa mendapat kebenaran ibu bapa, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Federal Trade Commission (FTC) mendakwa Microsoft mengumpul maklumat peribadi kanak-kanak yang mendaftar ke sistem permainan Xbox tanpa memberi sebarang notifikasi atau memperoleh kebenaran daripada ibu bapa mereka, dan secara haram menyimpan maklumat peribadi kanak-kanak.

    FTC menyatakan tindakan Microsoft itu melanggar Akta Perlindungan Privasi Kanak-kanak Dalam Perdagangan Atas Talian (COPPA).

    Microsoft dikehendaki memperkukuh perlindungan privasi bagi golongan muda yang menggunakan sistem Xboxnya.

    Untuk membuka akaun pengguna perlu memberikan nama awal dan terakhir mereka, alamat e-mel dan tarikh lahir. FTC memaklumkan ia juga akan meluaskan perlindungan COPPA kepada penerbit permainan yang berkongsi data kanak-kanak dengan Microsoft.

    “Perintah yang dicadangkan ini akan memudahkan ibu bapa melindungi privasi kanak-kanak mereka dalam sistem Xbox dan membatasi maklumat yang boleh dikumpul dan disimpan oleh Microsoft,” kata Samuel Levine, pengarah Biro Perlindungan Pengguna FTC.

    “Tindakan ini juga akan merangkumi avatar kanak-kanak, data biometrik dan maklumat kesihatan tidak terkecuali dari COPPA.”

    Perintah ini perlu diluluskan oleh mahkamah persekutuan sebelum ia boleh dilaksanakan.

    Di bawah undang-undang COPPA, perkhidmatan online dan laman web yang disasarkan untuk kanak-kanak di bawah 13 tahun, perlu memaklumkan ibu bapa mereka tentang maklumat yang mereka kumpul dan meminta pengesahan ibu bapa sebelum menyimpan sebarang maklumat peribadi kanak-kanak. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    India setuju tarik balik tentera dari Maldives

    NEW DELHI, 4 DIS – India telah bersetuju untuk menarik balik tenteranya dari Maldives, kata presiden kepulauan strategik itu, memenuhi janji yang dibuatnya menjelang...