Wednesday, October 9, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Microsoft ubah suai amalan siasatan

    REDMOND, Washington , 16 April – Microsoft mengubah suai amalannya untuk menyiasat tuduhan di tempat kerja selepas sekumpulan wanita berkongsi kisah tentang diskriminasi dan gangguan seksual. Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella telah menghantar surat kepada para pekerja tentang perubahan berkenaan Isnin lalu.

    Menurut Nadella, syarikat itu meningkatkan perkhidmatan sokongan termasuk ‘Pasukan Sokongan Pekerja’ baharu kepada para pekerja yang telah menjadi mangsa salah laku dan membantu membimbing mereka melalui penyiasatan.

    Beliau berkata Microsoft juga memerlukan latihan inklusif bagi semua kira-kira 16,000 pengurusnya, menetapkan garis panduan disiplin baharu dan lebih konsisten serta mewujudkan lebih banyak ketelusan mengenai hasil siasatan.

    Perubahan mengikuti rantai e-mel dalaman yang besar bermula bulan lalu oleh pekerja yang berkongsi kisah peribadi tentang pengalaman menjadi mangsa salah laku.

    Perkara berkenaan telah menarik perhatian eksekutif tertinggi dan surat Nadella kepada pekerja pertama kali dilaporkan oleh laman berita Quartz. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda