LONDON, 8 Ogos – Tony Pulis yang mengendalikan pasukan Middlesbrough melakarkan kemenangan 3-0 ke atas Sheffield United semalam, sementara West Brom menjaringkan gol lewat di Nottingham Forest untuk mendapatkan mata pertama mereka dalam musim Championship Inggeris.
Middlesbrough, yang menjaringkan dua gol lewat untuk memastikan keputusan seri 2-2 di Millwall dalam musim pembukaan mereka pada Sabtu lalu, meneruskan persaingan di Stadium Riverside dengan pemain antarabangsa Denmark, Martin Braithwaite memberikan mereka pendahuluan minit ketujuh.
Pemain pertahanan Aden Flint mengubah kedudukan kepada dua gol, sebelum sepakan menarik pemain sayap England, Stewart Downing disudahkan pada minit ke-25.
“Kami beraksi dengan baik pada separuh masa pertama dan saya rasa tempo permainan dan segala yang kami lakukan adalah yang terbaik,” bekas bos Stoke, Pulis memberitahu BBC Tees.
“Separuh masa kedua kami terjejas sedikit. Tetapi ia adalah minggu pertama bagi musim ini dan diminta untuk beraksi selepas Sabtu lalu, untuk mempamerkan aksi yang mantap, terutamanya pada separuh masa pertama, adalah menarik.”
Middlesbrough, yang tewas dalam playoff separuh akhir kepada Aston Villa musim lalu, sekarang mengungguli kedudukan dengan empat mata daripada dua perlawanan.
West Brom, yang berusaha untuk kembali ke Liga Perdana selepas melalui penyingkiran dari kelompok atas musim lalu, menghindarkan kekalahan berturut-turut diselamatkan oleh rembatan Matt Phillips pada minit ke-87. – AFP