Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Middleton tidak beraksi playoff NBA

    LOS ANGELES, 22 APRIL – Bintang pemain Milwaukee, Khris Middleton akan terlepas baki siri playoff pusingan pertama NBA menentang Chicago Bulls kerana terseliuh ligamen lutut kiri, kata pasukan itu kelmarin.

    Middleton dikeluarkan pada suku keempat semasa Bucks tewas 114-100 kepada pasukan Chicago.

    Pasukan Bucks berkata dalam satu kenyataan kelmarin bahawa dia menjalani pemeriksaan MRI yang menunjukkan ligamen lutut kirinya yang terseliuh.

    “Middleton akan menerima rawatan dan penilaian harian dengan kemas kini bagi statusnya bakal diterima dalam masa dua minggu,” kata pasukan tersebut.

    Ia akan menyebabkan dia diketepikan untuk baki tujuh perlawanan siri menentang pasukan Bulls, yang berlangsung pada hari ini di Chicago dengan set terikat pada setiap satu perlawanan.

    Kecederaan Middleton memberikan tamparan kepada harapan Bucks untuk mempertahankan gelaran NBA mereka. Walaupun mereka berjaya mengatasi Bulls, masih belum jelas sama ada dia akan kembali beraksi untuk pusingan kedua, yang bermula selewat-lewatnya pada 3 Mei nanti.

    Middleton memperoleh 18 mata dan lapan assist sebelum dikeluarkan daripada perlawanan Rabu lalu.

    “Awda boleh melihat dengan jelas dia berjalan tempang,” kata bintang pemain Bucks, Giannis Antetokounmpo. “Awda berfikir, saya berharap ia tidak teruk. Saya berharap kecederaan tersebut tidak teruk.

    “Kami memerlukan dia,” katanya mengenai Middleton, yang mempunyai purata jaringan sebanyak 20.1 mata setiap satu perlawanan dalam musim ini. – AFP

    Gambar fail menunjukkan aksi Khris Middleton (kiri) semasa dikawal oleh Alex Caruso dalam perlawanan separuh masa kedua siri playoff NBA, 20 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...