MIDF kurangkan unjuran sektor automotif 3.8 peratus

KUALA LUMPUR, 25 MAC – MIDF Research menyemak semula jumlah jualan keseluruhan industri 2020 bagi sektor automatif dengan mengurangkannya kepada 581,367 unit daripada 605,375 unit yang diunjur sebelum ini, memandangkan keadaan tidak menentu dan kesan penurunan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

MIDF dalam nota penyelidikannya hari ini, berkata ia kini mengunjurkan penurunan 3.8 peratus berbanding pertumbuhan 0.2 peratus sebelum ini.

“Memburukkan lagi jangkaan penurunan permintaan adalah jangkaan kami ringgit yang lemah berbanding dolar AS tahun ini pada purata RM4.22, disemak semula daripada RM4.18 sebelumnya, berbanding purata tahun lepas, yang akan meningkatkan kos asas pengeluar peralatan asli (OEM) kepada satu tahap tahun ini. – Bernama