LIVERPOOL, 1 Feb – Simon Mignolet menebus kesilapan babak pertama dengan menyelamatkan sepakan penalti pada penghujung minit perlawanan untuk membolehkan Liverpool berkongsi mata selepas seri 1-1 dengan pendahulu liga, Chelsea, sebentar tadi.
Penjaga gol dari Belgium itu dikatakan lalai ketika Chelsea mendapat sepakan percuma di luar kotak penalti hingga membenarkan David Luiz menjaringkan gol mudah pada minit ke-24 untuk Chelsea mendahului tuan rumah di Anfield.
Ia adalah jaringan pertama Luiz sejak kembali bersama Chelsea pada Ogos lalu yang diraikan di depan penyokong pasukan pelawat ketika Klopp kelihatan terkejut dan sedikit kecewa.
Georginio Wijnaldum menyamakan kedudukan untuk Liverpool pada minit ke-57 sebelum Mignolet menebus kesilapannya dengan menyelamatkan sepakan penalti Diego Costa pada minit ke-76.
Kejayaan Mignolet menyelamatkan sepakan penalti itu mengelakkan Liverpool daripada kekalahan keempat berturut-turut dalam semua pertandingan sejak tahun 1923 tetapi kekal 10 mata di belakang Chelsea dengan baki 15 perlawanan.
Ketika pasukan di tangga kedua, Arsenal tumbang kepada Watford manakala Tottenham sekadar seri dengan Sunderland, Chelsea masih berada di kedudukan selamat di puncak liga.
Walaupun sekadar berkongsi mata di Anfield, keputusan itu tidak dianggap teruk kerana Chelsea tetap meraih mata untuk penting dalam perlumbaan mengejar takhta liga dan pengurus, Antonio Conte, dilihat melompat sebaik wisel penamat dibunyikan.
Perlawanan kelmarin menunjukkan kebangkitan Liverpool, sama seperti yang dipamerkan pada awal musim dan bukannya pasukan yang cuma menang sekali daripada lapan perlawanan ketika memulakan musim baru 2017. – AP