Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Mike Pence akan bertanding jawatan presiden AS 2024

    WASHINGTON, 6 JUN – Bekas naib presiden Amerika Syarikat (AS), Mike Pence mengemukakan dokumen kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan hari ini, mengesahkan hasratnya untuk bertanding pemilihan presiden 2024, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Pence dijangka mengumumkan perkara itu secara terbuka esok. Ahli politik berusia 63 tahun itu akan mencabar bekas ketuanya, Donald Trump, untuk memperoleh pencalonan parti.

    Pence pernah menjadi timbalannya dari 2017 hingga Trump meninggalkan Rumah Putih selepas kekalahan dalam pilihan raya 2020.

    Selama bertahun-tahun, Pence bertindak sebagai timbalan yang setia kepada Trump, tetapi pergolakan yang berlaku selepas pilihan raya presiden 2020, mengakibatkan hubungan antara kedua-duanya menjadi renggang.

    Pengikut-pengikut Trump menyerbu Capitol pada 6 Januari 2021 ketika Pence mengesahkan kemenangan Joe Biden.

    Trump juga menghasut pengikutnya untuk mengancam Pence hingga beliau menyifatkan kenyataan Trump dan kelakuannya sebagai berbahaya.

    Bagaimanapun, Pence kemudian enggan mendakwa Trump atas peranan beliau dalam serbuan ke Capitol. – Bernama

    Bekas Naib Presiden AS, Mike Pence bertemu pelumba lain untuk permulaan Joni Ernst’s Roast and Ride pada 03 Jun di Des Moines, Iowa. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...