Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Mikronesia hilang status bebas COVID

    MAJURO, PULAU MARSHALL, 20 JULAI – Negeri kecil di kepulauan Pasifik, Mikronesia telah kehilangan statusnya sebagai salah satu daripada sebilangan negara yang bebas COVID, selepas mengesahkan kes komuniti di dua pulau.

    Selain daripada beberapa kes sempadan terasing di kemudahan kuarantin, Negeri-negeri Persekutuan Mikronesia (FSM) itu kekal bebas daripada koronavirus disebabkan lokasinya sekitar 1,600km dari utara Papua New Guinea.

    Sehinggalah dua pelajar diuji positif selepas tiba di pulau Kosrae dari Pohnpei, pulau bandar Mikronesia, awal minggu ini.

    Para pegawai kesihatan tempatan mengesahkan 10 lagi keputusan positif dalam kalangan 11 anggota keluarga daripada dua kes awal.

    Kenyataan dari pejabat Presiden David Panuelo kelmarin berkata Mikronesia berdepan ‘situasi berkembang pantas’ sambil mengesahkan puluhan kes lagi disahkan di Kosrae dan Pohnpei.

    Pihak berkuasa kesihatan tempatan turut menasihatkan tiada sebarang perhimpunan awam dan menyeru untuk menggunakan pelitup muka sepanjang masa, namun berkata ‘perkhidmatan awam akan kekal dibuka’.

    Ujian berikutnya juga menunjukkan 25 daripada 28 pesakit yang mengalami simptom seperti flu di sebuah hospital di Kosrae disahkan positif COVID.

    Disebabkan hal tersebut, pulau Mikronesia, Yap yang terletak 1,400 batu barat Pohnpei telah mengumumkan kelmarin yang para penumpang dan kru kapal tempatan telah diasingkan serta-merta sejurus tiba. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...