Mila cuba rapatkan kedudukan kejar Inter

MILAN, 26 FEB – AC Milan akan meneruskan perjuangan memburu kejuaraan bermain di Rom pada hujung minggu ini untuk mengejar pendahulu, Inter dalam pertemuan empat pasukan teratas yang mampu meningkatkan harapan juara bertahan, Juventus untuk memenangi anugerah ke-10 berturut-turut.

Pasukan Stefano Pioli cuba bangkit dari dua kekalahan berturut-turut dan ketinggalan empat mata di belakang Inter yang memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri menentang Genoa.

Roma berada di tangga keempat, lima mata mengejar Milan, terikat tanpa jaringan ketika bertemu Benevento sebelum ini.

Roma dam Milan mencatat keputusan seri 3-3 dalam perlawanan sebelum ini.

Pertemuan antara Roma yang mengumpulkan mata paling banyak liga di laman sendiri dengan 30, dan pasukan Milan yang turut mencatat keputusan terbaik bermain di gelanggang luar – mengutip 28 mata beraksi di laman lawan. – AFP