Milan bergelut benam Genoa

MILAN, 6 OKT – Penjaga gol Pepe Reina menyelamatkan penalti pada masa kecederaan ketika AC Milan menghasilkan kebangkitan 2-1 ke atas Genoa, yang menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan 10 pemain.

Reina membuat permulaan malang ketika dia menggantikan tempat Gianluigi Donnarumma, yang diketepikan kerana sakit sebelum sepak mula.

Penjaga gol dari Sepanyol itu tersilap baca sepakan percuma Lasse Schone bagi membolehkan Genoa di depan sebelum rehat.

Namun Theo Hernandez memberikan gol penyamaan buat Milan pada minit ke-51 dan Franck Kessi menambah gol kedua menerusi sepakan penalti enam minit kemudian, sebelum Reina menafikan penalti Schone pada masa kecederaan.

Masa depan jurulatih Milan, Marco Giampaolo, terancam selepas menyaksikan bekas gergasi Eropah itu mengalami detik paling rendah mereka dengan hanya dua kemenangan dari enam perlawanan pembukaan. – AFP