Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Milan selesa di puncak Serie A

    MILAN, 20 MAC – AC Milan mengekalkan kelebihan tiga mata di puncak Serie A apabila melakar kemenangan 1-0 menewaskan Cagliari manakala Inter Milan semakin ketinggalan jauh di belakang pesaing apabila diikat Fiorentina, 1-1.

    Ismael Bennacer meledakkan gol tunggal minit ke-59 dalam perlawanan sengit di Sardinia untuk mencipta jarak dengan Napoli di tangga kedua yang melakar kemenangan hasil dua gol dari Victor Osimhen ketika mengatasi Udinese 2-1.

    Kemenangan ketiga buat skuad kendalian Stefano Pioli melebarkan rekod lapan perlawanan tanpa kalah mereka dalam liga dan meningkatkan harapan untuk menang Scudetto pertama sejak 2011.

    Namun perlawanan dicemari tindakan perkauman terhadap Mike Maignan dan Fikayo Tomori.

    “Maignan berkata kepada saya bahawa ‘tidak mustahil kami mendengar kata penghinaan seperti ini,” kata Pioli.

    “Ini kali pertama dia membalas dan itu bermakna sesuatu yang buruk sudah berlaku dan ia sepatutnya tidak terjadi. Tomori juga mengatakan perkara sama.”

    Gol cantik menentukan perlawanan itu apabila pemain antarabangsa Algeria, Bennacer menerima hantaran Olivier Giroud yang disudahkan ke penjuru dengan kaki kiri.

    Berbaki lapan perlawanan, Milan kini mempunyai jurang enam mata dengan Inter ketika skuad kendalian Simone Inzaghi itu terus bergelut. – AFP

    Aksi Alberto Grassi (kanan) dan Rafael Leao berebut bola semasa perlawanan di antara Cagliari dan AC Milan di Arena Sardegna di Cagliari, Itali pada 19 Mac 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...