Monday, December 5, 2022
22.3 C
Brunei

-

Miles Bridges berdepan tiga pertuduhan

LOS ANGELES, 20 JULAI – Penyerang Charlotte Hornets, Miles Bridges didakwa atas kesalahan keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak atas dakwaan dia menyerang isterinya di hadapan dua orang anak mereka, kata pendakwa raya kelmarin.

Pejabat Peguam Daerah Los Angeles berkata, Bridges, 24, telah didakwa dengan satu pertuduhan mencederakan ibu bapa kanak-kanak dan dua pertuduhan penderaan kanak-kanak dalam keadaan yang mungkin menyebabkan kecederaan atau kematian.

Bridges telah menyerah diri kepada pihak berkuasa pada 29 Jun selepas insiden yang dikatakan oleh pihak pendakwa berlaku ‘pada atau kira-kira 27 dan 28 Jun’.

Selepas dia dibebaskan dengan bon AS$130,000, isterinya, Mychelle Johnson, menyiarkan gambar dalam Instagram yang kelihatan menunjukkan kecederaan pada muka dan badannya.

“Saya benci bahawa ia telah sampai kepada tahap ini tetapi saya tidak boleh berdiam diri lagi.

“Saya telah membenarkan seseorang memusnahkan hidup saya, mendera saya dalam setiap cara yang mungkin dan menimbulkan trauma kepada anak-anak kami seumur hidup,” tulis Johnson.

“Saya tidak akan membenarkan orang di sekelilingnya untuk terus membungkam saya dan terus berbohong untuk melindungi dirinya.”

Penahanan Bridges berlaku sejurus selepas Hornets melanjutkan tawaran kelayakan kepada ejen bebas terhad tersebut, yang menghasilkan purata 20.2 mata setiap perlawanan pada musim lalu. – AFP

Penyerang Charlotte Hornets, Miles Bridges didakwa atas keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak kelmarin. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

ASEAN: Tiga tindakan promosi pembangunan bandar mampan

FUKUSHIMA, 4 DIS – Mesyuarat keempat Peringkat Tinggi Rangkaian Bandar Pintar ASEAN-Jepun bermula di sini hari ini, dengan ASEAN mengetengahkan tiga tindakan utama untuk...

Australia dakwa suspek IS

- Advertisment -