Miley, Cody pasangan serasi

Miley Cyrus dan teman lelaki yang juga rakan penyanyi, Cody Simpson nampaknya benar-benar sudah jatuh cinta dan mereka seolah-olah tidak dapat berenggang sejak mula bercinta.

Malah Cody menghabiskan cuti bersama Miley dan ahli keluarganya dan nampaknya hubungan mereka berjalan lancar.

Dalam kata lain, Cody pastinya diterima oleh keluarga Miley dan mereka semua fikir Cody dan Miley adalah pasangan yang serasi!

Beberapa bulan telah berlalu sejak persahabatan lama mereka berkembang menjadi percintaan namun Cody telah pun menerima sokongan penuh daripada kawan rapat dan ahli keluarga Miley.

Satu sumber memberitahu HollywoodLife bahawa ‘Kedua-dua keluarga merestui hubungan mereka. Hubungan Miley dan Cody adalah erat disebabkan mereka telah lama mengenali antara satu sama lain dan juga mereka mempunyai perspektif yang sama tentang kehidupan. Tidak adanya drama atau pertengkaran di antara mereka. Kedua-dua mereka suka duduk dalam rumah. Adalah senang untuk mengadakan janji temu.’

Miley dan Cody sudah berkawan lama sebelum bercinta. – Agensi

Miley dan Cody mula bercinta selepas pengumuman mengejutkan bahawa perkahwinannya selama lapan bulan dengan Liam Hemsworth sudah berakhir.

Walaupun mereka berkahwin untuk masa yang singkat sahaja, bagaimanapun hubungan mereka dibelenggu kontroversi selama satu dekad!

Sumber yang rapat itu memberitahu ‘Liam sedar dia mahu bersama seseorang yang bersikap lebih tradisional dan bukan seseorang yang suka berparti seperti Miley. Miley akan sentiasa menjadi Miley dan beliau suka keluar dan tatkala usia Liam meningkat, beliau sedar ia bukan apa yang diingini dalam teman hidupnya. Beliau mahu seseorang yang konservatif. Miley tidak akan berubah demi orang lain dan beliau sudah menerima situasi berkenaan. Ia mencetuskan banyak pertengkaran antara mereka.”

Seperti yang diketahui, Miley dan Cody sudah berkawan lama sebelum bercinta malah mereka pernah tersangkut hati sebelum ini, maka percintaan mereka bukan sesuatu yang janggal seperti yang disangka pada mulanya. – Agensi