Tatkala kebimbangan mengenai virus COVID-19 semakin meningkat, beberapa artis muzikal terbesar dunia sedang membatalkan konsert sebagai langkah berjaga-jaga. Satu konsert dana kebakaran hutan di Australia, dijangka termasuk persembahan Miley Cyrus (gambar bawah) dan Lil Nas X, dibatalkan, menurut Word Tour Melbourne.
Miley menjelaskan di Twitter bahawa beliau tidak akan berkunjung ke Australia untuk pertunjukan pada 13 Mac atas cadangan daripada CDC.
“Saya berasa amat kecewa kerana tidak dapat berkunjung ke sana, tetapi saya perlu melakukan apa yang betul untuk melindungi kesihatan dan keselamatan band dan kru saya.
Saya masih akan membuat sumbangan untuk membantu mangsa kebakaran hutan Australia. Saya minta maaf saya tidak akan bertemu dengan semua orang di Australia, tetapi saya akan kembali tidak lama lagi.” Semua tiket ke konsert Miley akan dikembalikan. – Agensi