Sunday, March 26, 2023
27.2 C
Brunei

-

Miliki barang tegahan: 2 didenda $73,500

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Mahkamah Majistret hari ini telah memerintahkan seorang penduduk tempatan dan penduduk tetap membayar denda $73,500 kerana memiliki rokok seludup dan minuman keras.

Warga tempatan, Mat Said bin Mohd Salleh, 39, dan penduduk tetap, Azreen binti Mahmud, 29, masing-masing perlu menjalani hukuman penjara 20 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Pemangku Majistret Kanan Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid mendengar daripada pihak pendakwa kastam bahawa defendan-defendan berkenaan ditemui oleh pegawai pencegah kastam menyimpan 94 karton dan 12 paket rokok, bersama 29 botol minuman keras di sebuah berek di Jalan Singa Menteri, Kuala Belait pada pukul 8:42 malam, 16 Disember 2020.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -