Miliki dadah: Lelaki Malaysia ditahan reman

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 APRIL – Seorang lelaki warga Malaysia yang ditahan anggota Biro Kawalan Narkotik kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah telah diperintah tahanan reman oleh Mahkamah Majistret untuk siasatan.

Perintah reman terhadap Sim Chern Thin, 32, dikeluarkan Majistret Pengiran Hazirah binti Pengiran Haji Mohd Yusof.

Terdahulu, pihak pendakwa membuat permohonan reman terhadap tertuduh di bawah Seksyen 22A Akta Penyalahgunaan Dadah.

Tertuduh yang ketika itu memiliki paket jernih yang dipercayai mengandungi dadah terkawal, ditangkap kira-kira jam 3:10 petang pada 14 April 2020.

Kes akan disebut lagi pada 23 April 2020.

Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qamarul Affyian bin Abdul Rahman.