Miliki kriteria yang diinginkan

Biarpun hubungan baiknya dengan penyanyi Afieq Shazwan mencetuskan spekulasi sedang menjalin cinta, Wani Kayrie, 19, masih meletakkan keakraban mereka sebagai ‘teman tapi mesra’.

Tidak menafikan, Afieq, 22, sentiasa ada di sisinya ketika susah dan senang, penyanyi lagu Jangan Jangan itu berkata, sukar untuk dia menjelaskan fasa sebenar hubungan mereka.

“Kami tidak pernah meluahkan isi hati, jauh sekali mengumumkan sedang bercinta. Jika ditanya soal perasaan, saya mengakui, selesa berkawan dengan Afieq. Dia kawan yang baik dan menjadi tempat saya menangis serta ketawa. Untuk mengakui bercinta, rasanya hubungan kami belum sampai ke tahap itu. Jika bercinta, mestilah ‘sweet’ dan romantik, tetapi kami tidak begitu. Kami kerap juga bergaduh.

“Saya lebih suka meletakkan hubungan kami sebagai kawan baik. Pada usia ini, rasanya lebih baik hubungan kami tidak membabitkan hati dan perasaan,” katanya.

Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, berkata dia dan Afieq tidak memerlukan gosip cinta sebagai gimik menonjolkan diri.

“Untuk apa? Sudah lebih setahun warganet memperkatakan mengenai hubungan kami. Ia terus diperkatakan, biarpun 2019 sudah

hampir ke penghujung. Kami tidak pernah berpura-pura rapat, sebaliknya memang ikhlas berkawan. Apa pun, saya mengharapkan hubungan baik ini kekal selamanya. Jika ditak-dirkan ada jodoh dan terbit perasaan cinta suatu hari nanti, biar Allah yang tentukan,” katanya.

Gadis kelahiran Sandakan, Sabah itu bagaimanapun, tidak menafikan, Afieq mempunyai kriteria lelaki yang menjadi idamannya. – Agensi

Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, berkata dia dan Afieq tidak memerlukan gosip cinta sebagai gimik menonjolkan diri. – Agensi