Oleh Fadley Faisal

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda berjumlah $8,400 ke atas seorang lelaki warga Indonesia yang mengaku bersalah memiliki rokok seludup.
Agus Susilo, 44, berdepan hukuman penjara lapan bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Pegawai pendakwa kastam memaklumkan Pemangku Ketua Majistret, Pengiran Shahyzul bin Pengiran Abdul Rahman bahawa pegawai penguat kuasa kastam telah menyerbu rumah sewa defendan di Kampung Salambigar pada 8:45 malam, 29 Januari 2020.
Siasatan membawa kepada penemuan tujuh karton dan 29 paket rokok seludup yang disembunyikan defendan di dalam rumah berkenaan.




























