Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Militan ditembak mati di Indonesia

    PALU, INDONESIA, 4 JAN – Pasukan keselamatan Indonesia telah membunuh suspek militan yang dituduh memancung kepala, ketika kejadian tembak-menambak hari ini, dalam kempen antipengganasan besar-besaran terhadap para pelampau di hutan pergunungan terpencil, menurut pihak polis.

    Ketua polis wilayah, Rudy Sufahriadi berkata bahawa Ahmad Gazali, 27, juga dikenali sebagai Ahmad Panjang, ahli utama rangkaian Mujahidin Indonesia Timur, ditembak oleh pasukan bersama pegawai-pegawai tentera dan polis dekat perkampungan desa Uempasa di daerah Parigi Moutong yang bergunung-ganang, wilayah Sulawesi Tengah. Ia bersempadan dengan daerah Poso, lubuk pelampau di wilayah berkenaan.

    Mujahidin Indonesia Timur telah mengaku bertanggungjawab terhadap pembunuhan pegawai-pegawai polis dan minoriti Kristian, sebahagiannya dengan memenggal kepala. Ia telah berikrar kesetiaan dengan kumpulan Islamic States.

    Polis berkata, Gazalil telah melaksanakan beberapa pembunuhan bagi kumpulan itu, termasuk pemenggalan kepala empat orang petani Kristian Mei lalu.

    Pasukan bersama itu meronda kawasan tersebut apabila mereka terserempak dengan dua militan dalam satu kem, Sufahriadi berkata dalam satu sidang media. Katanya lagi, militan kedua melarikan diri ke hutan.

    Kejadian tembak-menembak itu berlaku empat bulan selepas pasukan keselamatan membunuh dua militan dalam satu lagi kejadian serupa di hutan, termasuk Ali Kalora, pemimpin kumpulan itu, yang merupakan salah seorang daripada militan paling dikehendaki di negara itu. – AP

    Jurucakap Polis Rantau Sulawesi Tengah, Kolonel Didik Supranoto menunjukkan gambar Ahmad Gazali, bawah kiri, juga dikenali sebagai Ahmad Panjang, yang dipaparkan pada poster orang dikehendaki bersama suspek-suspek militant lain, semasa siding media di Palu, Indonesia, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...