BANDAR GAZA, Wilayah Palestin, 19 Sept – Seorang militan Hamas terkorban dalam insiden dalam terowong di Gaza, kata gerakan Islamis yang mengawal wilayah itu hari ini, kematian ketiga dalam masa lima hari.
Dalam satu kenyataan, Hamas memuji ‘Hani Shalouf dari Rafah (di selatan Gaza) yang meninggal dunia semasa bekerja di terowong tentangan,” menggunakan termanya bagi terowong yang digunakan untuk kegunaan pihak tentera. Ia tidak memberi butiran tentang punca kematiannya.
Pada Jumaat, Hamas mengumumkan dua anggota sayap bersenjatanya terkorban dalam runtuhan terowong berasingan. – AFP