Monday, March 24, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Militan letupkan diri selepas berbalas tembakan

    JEDDAH, 22 Jan – Dua lelaki dituduh merancang serangan-serangan terhadap Arab Saudi meletupkan diri mereka berikutan satu konfrontasi bersama pasukan-pasukan keselamatan di bandar Jeddah kelmarin, menurut kementerian dalam negeri Arab Saudi.

    Pasukan keselamatan Saudi mengepung sebuah rumah di timur Jeddah, daerah Al-Harazat dan berbalas-balas tembakan bersama dua lelaki itu, yang kemudian meletupkan diri mereka, menurut jurucakap kementerian dalam negeri itu.

    Seorang lelaki Saudi dan isteri warga Pakistannya didakwa mempunyai kaitan bersama dua lelaki itu juga ditahan, katanya lagi.

    Arabiya TV milik kerajaan Saudi memaparkan rakaman asap di udara Jeddah dan satu letupan menggegarkan bangunan.

    Kumpulan Islamic State (IS) telah menjalankan beberapa siri pengeboman dan penembakan di Arab Saudi sejak pertengahan 2014 yang telah mengorbankan sejumlah besar orang, kebanyakannya ahli-ahli minoriti Syiah dan tentera-tentera keselamatan. – NNN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda