Wednesday, December 7, 2022
24.6 C
Brunei

-

Militan paksa kanak-kanak, tebusan sertai pertempuran

MANILA, 10 Julai – Kanak-kanak dan tebusan telah dipaksa untuk bertempur di samping lelaki bersenjata pro-Islamic State yang melancarkan pertempuran tujuh minggu bagi bandar Filipina, kata tentera negara hari ini.

Militan merampas Marawi, dianggap bandar Islam yang mempunyai penduduk Katolik Filipina yang ramai, pada 23 Mei dalam bidaan untuk mewujudkan sebuah wilayah IS, dan lebih 100 kekal bersembunyi di bandar itu meskipun usaha tegang tentera untuk menyingkirkan mereka.

Beberapa pelampau adalah remaja yang mungkin telah direkrut dan dilatih untuk menggunakan senjata ketika mereka masih lagi kanak-kanak, kata Brigedier Jeneral Restituto Padilla, seorang jurucakap tentera.

“Kami berterusan terganggu dengan cerita daripada (penduduk yang melarikan diri) bahawa kanak-kanak serta tebusan telah digunakan dalam pertempuran itu,” kata Padilla memberitahu wartawan di Manila.

Korban jiwa dalam kalangan kanak-kanak dan orang awam yang dipaksa untuk bertempur tidak diketahui, kata Padilla.

“Bagaimanapun, tentera kami melakukan sedaya upaya me-reka untuk mengelak sebarang korban jiwa dalam kalangan kanak-kanak yang telah dipaksa itu,” katanya.

Sejurus selepas merampas Marawi, lelaki bersenjata menawan puluhan tebusan, termasuk seorang paderi Katolik. Dianggarkan kira-kira 300 orang awam masih lagi terperangkap di kawasan itu mungkin telah dijadikan tebusan, kata Padilla.

Pihak tentera pada awalnya berkata orang awam telah dipaksa untuk membantu lelaki bersenjata membawa bekalan dan amunisi, membawa mangsa cedera malah membantu mereka menjarah Bandar tersebut. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Penghormatan buat Jiang Zemin

BEIJING, 6 DIS – Siren kedengaran di seluruh China hari ini ketika Parti Komunis mengadakan perkabungan bekas pemimpin, Jiang Zemin, memberi penghormatan kepadanya sebagai...
- Advertisment -