Miller Khan kini suami pereka fesyen

Pelakon yang mencipta nama di Indonesia, Miller Khan selamat bergelar suami kepada pereka fesyen, Farina Rebecca pada Rabu.

Abang kepada pelakon Isa Khan ini diijabkabulkan dalam sebuah upacara yang diadakan secara tertutup di Bali, Indonesia.

Majlis pernikahan itu diadakan di Conrad Bali dengan dihadiri kawan-kawan rapatnya.

Pemilik nama Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan dilihat kacak mengayakan pakaian tradisional Betawi.

Miller melamar kekasihnya di atas helikopter pada Mac lalu. Sementara, Farina memilih untuk mengayakan kebaya putih bersama kain berwarna gelap dan selendang putih.

Rata-rata warganet dan rakan selebriti mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagian pasangan itu dalam melayari alam rumah tangga.

Sebelum itu, Miller memuat naik foto-foto pra perkahwinan di Instagram miliknya.

Pada 11 Mac lalu, Miller membuat kejutan melamar kekasihnya itu ketika di atas helikopter. – Agensi

Miller Khan kini suami pereka fesyen Farina Rebecca. – Agensi