Mills sumbang AS$1 juta

MIAMI, 9 JULAI – Pemain San Antonio Spurs, Patty Mills mengatakan kelmarin bahawa dia akan menyumbangkan gajinya dari lapan perlawanan NBA yang akan datang berjumlah lebih dari pada AS$1 juta kepada organisasi keadilan sosial di tanah airnya.

Pemain Australia yang berusia 31 tahun itu, yang membantu Spurs merebut gelaran NBA 2014, mengatakan dalam video media sosial bahawa dia akan memberikan gajinya dari lapan perlawanan yang dijadualkan kelab di Orlando yang dilindungi COVID-19 bersama-sama menyokong solidariti ‘Black Lives Matter’.

“Saya telah membuat keputusan untuk pergi ke Orlando,” kata Mills.

“Dan saya dengan bangga mengatakan bahawa saya mengambil setiap sen yang diperoleh daripada lapan perlawanan yang kami mainkan yang berjumlah AS$1,017,818.54 dan menyumbangkannya terus ke ‘Black Lives Matter’ Australia, untuk kempen baru-baru ini yang disebut ‘We Got You’ yang didedikasikan untuk mengakhiri isu perkauman dalam sukan di Australia.”

Mills telah aktif dalam gerakan keadilan sosial selama 11 musim di NBA dan mengatakan peluang untuk membantu dengan bermain di Orlando, di mana 22 pasukan akan berkumpul di Walt Disney World dalam persekitaran yang dilindungi dari COVID-19.

Gambar fail pada 27 Januari lalu, aksi Patty Mills dari San Antonio Spurs semasa menentang Chicago Bulls di United Center di Chicago, Illinois. Mills akan menyumbangkan gajinya dari lapan perlawanan NBA lebih dari AS$1 juta kepada organisasi keadilan sosial di tanah airnya. – AFP

“Saya bermain di Orlando kerana saya tidak mahu meninggalkan wang di atas meja yang boleh dibawa terus ke komuniti kulit hitam,” kata Mills.

Spurs hanya mempunyai peluang untuk merebut satu tempat di playoff.

Semua 22 pasukan akan bermain lapan perlawanan musim untuk menentukan kelayakan ke playoff NBA.

Musim NBA ditangguhkan pada bulan Mac lalu dengan baki hampir sebulan.

Mills memperoleh purata 11.7 mata jaringan kariernya di NBA musim ini serta 1.6 rebound dan 1.8 assist dalam setiap perlawanan. – AFP