Milner: hilang fokus adalah satu ‘kesalahan’

LONDON, 4 OGOS, Pemain tengah Liverpool, James Milner memberi amaran kepada rakan sepasukannya bahawa ia adalah satu ‘kesalahan’ untuk mereka hilang fokus selepas memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pasukan Jurgen Klopp telah menamatkan penantian selama 30 tahun untuk dinobatkan sebagai juara EPL pada Jun.

Prestasi hambar sebaik sahaja mereka berjaya merangkul kejuaraan, kekalahan dua dari tiga perlawanan yang dicatatkan mereka hadir dalam tujuh perlawanan terakhir mereka, sementara rekod 100 peratus di laman sendiri tercalar selepas mencatat keputusan seri ketika menentang Burnley.

Pemain-pemain Liverpool pada masa ini sedang bercuti sebelum pra-musim bermula, tetapi Milner, yang menjuarai dua kejuaraan dalam tiga tahun bersama Manchester City, berkata bahawa mereka mesti kembali bangkit apabila kembali nanti.

“Saya rasa ia mengenai mencari keseimbangan yang betul. Kami mesti menikmatinya kerana kami tahu betapa susah untuk memenangi trofi,” kata pemain berusia 34 tahun itu kepada liverpoolfc.com.

Gambar fail menunjukkan reaksi James Milner selepas menjaringkan gol menentang Leicester City. Milner memberi amaran kepada rakan sepasukannya supaya tidak hilang fokus selepas memenangi kejuaraan EPL. – AP

“Kami cukup bagus untuk memenanginya tetapi kami juga bernasib baik untuk menjuarai trofi-trofi yang dimenangi tahun ini.

“Trent (Alexander-Arnold) merasakan ia adalah mudah, dia hanya turun bermain dan memenangi trofi setiap tahun tetapi saya boleh memberi jaminan bahawa selama beberapa tahun beraksi sepanjang karier saya, ia tidak pernah mudah. Dia memberi amaran kepada rakan-rakannya untuk tidak menjejaskan standard mereka.

“Itu sememangnya satu kesalahan dan sesuatu yang semestinya kami tidak mahukannya terjadi,” katanya.

“Kami mempunyai beberapa minggu untuk menikmatinya dan bergembira menjadi juara dan kemudian sebaik sahaja musim baharu bermula, ia terpulang kepada peminat untuk terus menikmatinya dan bergembira menjadi juara untuk kami.” – AFP