Milwaukee Bucks lakar rekod 50 kemenangan

LOS ANGELES, 26 FEB – Giannis Antetokoumpo menjaringkan 19 mata sekali gus membantu Milwaukee Bucks merekodkan 50 kemenangan pada musim ini dengan jaringan 108-97 mengalahkan juara NBA, Toronto Raptors pada perlawanan Selasa lalu.

Dengan sokongan peminat yang hadir pada final Eastern Conference, Bucks menunjukkan aksi yang dominan pada separuh masa kedua untuk memenangi perlawanan di gelanggang Toronto, Scotiabank Arena.

Raptors mendahului pada separuh masa pertama dengan jaringan 52-50, tetapi Milwaukee bangkit dengan persembahan yang hebat pada suku ketiga untuk mendahului dengan dua angka.

Bucks mendahului tuan rumah dengan jaringan 34-19 pada suku ketiga, walaupun Raptors berjaya merapatkan jurang mata dengan hanya tujuh mata dengan masa perlawanan hanya tinggal dua minit, lontaran tiga mata dari Antetokounmpo telah menjadikan mata keseluruhan 109-94 untuk membantu Bucks mencipta kemenangan.

Pemenang Pemain Paling Berharga NBA, Antetokounmpo berjaya mencatat 19 mata jaringan, 19 rebound dan lapan bantuan dengan empat turnover.

Manakala Khris Middleton mendahului carta jaringan dengan menjaringkan sebanyak 22 mata buat Bucks, lapan rebound dan tiga assist.

Bucks sudah menempah tempat di play-off selepas membina rekod terbaik dalam NBA dengan mendahului 50-8 di Eastern Conference.

Sementara itu, Raptors mencatatkan rekod 42-16 tetapi masih kukuh dalam aksi ke playoff. – AFP

Aksi Giannis Antetokounmpo ketika membantu Bucks mengatasi Raptors 108-97 di gelanggang Toronto, Scotiabank Arena, Selasa lalu. – AP