Friday, December 6, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mimi juara bintang search

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OGOS – Musim pertama program realiti nyanyian, Bintang Search telah berakhir dengan Mimi Wahab muncul sebagai pemenang pertama dalam konsert finale yang disiarkan menerusi OOPs! Channel di YouTube, kelmarin.

    Selaku juara, Mimi Wahab membawa pulang wang tunai $5,000 tajaan imagine, selain itu, semua finalis juga me-nerima $1,000 setiap seorang tajaan NBT Toyota Brunei.

    Konsert finale berkenaan adalah kemuncak program hiburan yang disiarkan secara dalam talian selama lapan minggu, di mana lima finalis berentap iaitu Mimi Wahab, Maya Walker, Sami Ally, Najrul Maznibi dan Khairul Nadzri.

    Para finalis telah menunjukkan nyanyian, penampilan pentas dan keyakinan mereka bertambah baik dalam tempoh singkat program berkenaan.

    Pengasas Bintang Search, Dayang Siti Kamaluddin menyatakan kekagumannya dengan apa yang rakyat Brunei dapat capai dengan dedikasi dan komitmen.

    Mimi Wahab yang muncul juara musim pertama Bintang Search bergambar ramai bersama para finalis dan barisan hakim. – Gambar serahan OOPs! Channel

    “Dalam masa lebih kurang dua bulan, para finalis ini mungkin telah mengubah haluan kehidupan mereka,” ujar beliau.

    Manakala itu, Mimi Wahab pula berkata, Bintang Search telah memberi beliau gambaran mengenai industri dan beliau sedia untuk mengharungi perjalanan baharu berkenaan.

    “Saya sangat berterima kasih atas platform yang diberikan, kelas-kelas dan mentor daripada Bintang Search kerana mereka telah mempersiapkan saya bagi (perjalanan) ini,” ujar beliau yang turut menyampaikan penghargaannya kepada OOPs! bagi program berkenaan, produksi, hakim-hakim, keluarga dan para pengundi yang terus menyokongnya.

    Semasa konsert berkenaan, barisan hakim selebriti, Fakhrul Razi, Nana Farhana dan Rizal Rasid turut menarik perhatian apabila memperkenalkan single terbaharu mereka dan menyanyikan lagu Melayu klasik bersama para finalis.

    Bintang Search juga menyediakan platform bagi para penajanya seperti imagine, NBT Toyota Brunei, Brunei Press, Liho Tea, Ximi Vogue, Shu Shu Te, Go Mamam Bn, Aconkleen, Little Bean dan Coffee Bean & Tea Leaf memberikan soko-ngan terus kepada industri
    kreatif tempatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda