Thursday, December 7, 2023
23.5 C
Brunei

    -

    Mimi Lana bida lukisan Ustazah Asni Mansor

    Sebagai tanda sokongan kepada Palestin, pelakon Mimi Lana berjaya membida sebuah lukisan dengan harga RM3,600 untuk disalurkan kepada negara sedang bergolak itu.

    Lukisan kanvas peta Palestin itu merupakan hasil tangan Ustazah Asni Mansor.

    Bidaan lukisan itu pada awalnya dibuka dengan harga RM3,000.

    Menurut Ustazah Asni, kesemua wang yang diperoleh tersebut akan disalurkan ke Tabung Cinta Gaza.

    Lelongan tersebut dilakukan semasa majlis ilmu yang dianjurkan oleh pelakon, Betty Rahmad pada malam kelmarin.

    Mimi antara artis yang lantang bersuara berkenaan Palestin. – mStar

    Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 27, dalam satu hantaran di Instagram berkata, penganjuran majlis agama itu membolehkan mereka berkongsi ilmu dan penyertaannya memberikan pengalaman cukup indah.

    “Terima kasih Betty Rahmad kerana menjemput saya dan menganjurkan majlis membaca Yasin untuk saudara kita semua di Palestin.

    “Majlis malam kelmarin disusuli Majlis Tausiyah bersama Ustazah Asni Mansor.

    “Ia merupakan majlis perkongsian yang indah dan saya mempunyai pengalaman yang sangat berharga. Alhamdulillah,” ujarnya hari ini.

    Selain Mimi, selebriti lain yang turut hadir ialah Nora Danish, Azira Shafinaz, Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan ramai lagi.

    Mimi merupakan selebriti yang lantang bersuara berkenaan isu Palestin dan Israel ini.

    Selain banyak membuat hantaran di Instagram, Mimi juga menghadiri Perhimpunan Malaysia Solidariti bersama Palestin yang diadakan pada 24 Oktober lalu.

    Menurut pelakon itu, kehadirannya adalah sebagai usaha untuk menunjukkan tanda sokongan dan solidariti terhadap Palestin. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Empat Rohingya terbunuh di Bangladesh

    BANGLADESH, 6 DIS – Empat orang pelarian Rohingya terbunuh dalam kejadian tembak-menembak antara dua kumpulan pemberontak di kem pelarian Bangladesh, kata polis hari ini. Bangladesh...