Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Mimi nafi sudah nikah

    Penyanyi Mimi Fly, 36, menepis dakwaan dia sudah mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya yang bertugas sebagai doktor pakar tulang belakang.

    Tiga tahun menjalin cinta, pemilik nama Shamimi Amalina Norhisham ini mengaku hubu- ngannya bersama jejaka berkulit hitam yang menetap di Dal- las, Amerika Syarikat berjalan baik.

    “Gosip kahwin, siapa yang kahwin? Mana ada. Saya sedang mengenali hati budi kekasih. Saya juga sudah bertemu keluarganya, baru-baru ini.

    “Saya sendiri tak pasti, jika sudah sampai jodoh dan mahu berkahwin kelak, saya mahu kongsikan kepada semua pihak. Saya masih berfikir mengenai perkara terbabit.

    “Sudah pastinya ibu dan keluarga mahu saya menghebahkan perkahwinan. Jika mahu berkahwin, mereka ingin saya beritahu kepada semua. Saya sendiri masih keliru. Sejujurnya, kadang-kadang saya mahu simpan untuk diri sendiri sahaja,” katanya.

    Disoal mengenai cinta jarak jauh, bekas anggota One Nation Emcees ini gembira dengan perhubungan yang terjalin.

    “Setakat ini, saya gembira menjalani hubungan dengan kekasih. Saya tak mahu terburu-buru memikirkan soal nikah kerana sebelum ini, saya pernah melalui episod kegagalan rumah tangga dan pernah melalui proses perceraian.

    “Kini, saya tak terlalu fokus kepada perkahwinan. Saya sendiri sibuk dengan kerjaya, kekasih juga fokus dengan kerja. Jadi, hubungan jarak jauh ini sesuai dengan kami. Tak perlu harus selalu berjumpa kerana masing-masing sibuk bekerja. – Agensi

    Mimi Fly menepis dakwaan dia sudah mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...