SEBORGA, ITALI, 7 FEB – Pekerja di barat laut Itali sedang bergegas untuk memetik berjuta-juta bunga mimosa kuning, tetapi mereka berkata tanaman itu berbunga lebih awal disebabkan perubahan iklim.
Bunga tersebut biasanya popular sekitar 8 Mac, Hari Wanita Antarabangsa, kata Franco Fogliarini, presiden Koperatif Agroflor di kawasan Seborga.
“Dalam beberapa tahun ini terdapatnya perubahan iklim tetapi ia menggalakkan mimosa berbunga awal, terutamanya pada Februari dan juga awal Januari,” kata Fogliarini.
“Bagi kami, ia menimbulkan masalah disebabkan ia tidak memberikan kami masa untuk memetik dan menjual,” kata beliau. Sementara itu, pekerja terus memotong pokok bunga di kawasan bukit sekitar Seborga di Riviera dei Fiori, di sempadan Perancis.
Ekonomi tempatan di kawasan bukit banyak bergantung pada bunga itu sejak 50 tahun lalu.
Bunga-bunga dipetik dengan tangan, dibungkus dengan teliti dalam kotak dan seterusnya dihantar di seluruh Itali, ke Eropah dan juga kawasan lain. – AFP





























