Mimpi beri kesedaran kepada Nazim Othman

Pelakon Nazim Othman berkongsi pengalaman menakutkan apabila bermimpi dicabut nyawa beberapa kali.

Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 36, pengalaman yang dilalui beberapa bulan lalu memberikan kesedaran dan keinsafan buat dirinya.

“Okey, ini random tapi saya nak kongsi juga. Beberapa bulan lalu, saya mimpi dicabut nyawa.

“Dah dicabut nyawa, lepas tu hidup semula selepas beberapa saat, lepas tu dicabut sekali lagi nyawa ini kemudian saya tersedar daripada tidur.

“Lepas tu saya tak boleh tidur selama beberapa malam selepas malam saya mimpi tu,” ujarnya.

Nazim menganggap apa yang dialami merupakan satu peringatan dari Allah untuk dia memperbaiki kesilapan lalu dan menjadi seorang Muslim yang lebih baik.

Pelakon drama Monalisa ini juga berdoa agar semua umat Islam meninggal dunia dalam pengakhiran yang baik (husnul khatimah).

“Orang kata mimpi ni mungkin sekadar mainan tidur, tetapi dari apa yang saya nampak, ia merupakan satu peringatan yang paling lembut dariNya untuk saya nilai semula pilihan yang saya buat dan cara hidup saya selama ini.

“Wallahualam. Semoga kita semua meninggal dalam husnul khatimah. Amin,” tulisnya. – Agensi

Nazim Othman berkata mimpi tersebut telah memberikan kesedaran dan keinsafan kepada dirinya. – Agensi