BEIJING, 24 Ogos – Juara Piala Liga, Manchester United diberikan kejutan dalam perlawanan di gelanggang sendiri menentang Burton Albion dan Liverpool berkunjung ke Leicester City selepas undian pusingan ketiga yang banyak dikritik hari ini di Beijing.
United dijangka mula mempertahankan trofi mereka dengan kemenangan ke atas pasukan Burton yang tewas tiga dari empat perlawanan mereka dalam saingan liga.
Tetapi pasukan Liverpool menghadapi tugasan yang getir dengan berkunjung ke Leicester, salah satu dari empat perlawanan Liga Perdana.
Persaingan lain menyaksikan Manchester City mengunjungi West Brom, persaingan pesisir selatan di antara Bournemouth dan Brighton, dan Crystal Palace menjadi tuan rumah kepada pendatang baru Liga Perdana, Huddersfield Town.
Town mengejutkan Palace 3-0 di Selhurst Park pada perlawanan pembukaan musim ini.
United dan pasukan lain dalam persaingan Eropah hanya memasuki undian bagi Piala Liga, digelar Piala Carabao musim ini menggunakan nama penaja barunya, pada peringkat pusingan ketiga.
Keputusan untuk mengadakan undian di Beijing membangkitkan banyak kemarahan dan media di England.
Penganjur berkata ia adalah untuk membantu penyokong baru dan melanjutkan populariti piala domestik di Asia.
Tetapi undian dijadualkan pada pukul 11:15 pagi waktu China, 4:15 pagi di Britain bermakna untuk bangun bagi penyokong yang mahu tahu pasukan manakah akan mereka temui dalam perlawanan awal minggu 18 September depan.
Dalam acara itu, undian bermula 20 minit lewat, dilanjutkan selama 40 minit dan tidak disiarkan dalam televisyen, yang terus mengundang kemarahan peminat yang cuba untuk mengikutinya dalam Twitter.
Undian persaingan Liga, atau Carabao, Piala sebelumnya terjejas dengan kejadian yang tidak diingini.
English Football League memohon maaf selepas undian pusingan pertama di Bangkok, yang menyaksikan Charlton seharusnya diundi untuk menentang Exeter di gelanggang luar dan Cheltenham di laman sendiri.
Akhbar The Daily Telegraph berkata mengadakan undian pusingan ketiga di ibu negara China itu “adalah petanda yang menunjukkan tidak hormat kepada peminat-peminat bola sepak”.
Piala Liga menerima penjenamaan semula Piala Crabao selepas penghasil minuman tenaga dari Thailand mendapatkan persetujuan penajaan selama tiga tahun bersama English Football League pada April lalu. – AFP