Min Hyo Rin sumber inspirasi muzik Taeyang

MENERUSI laporan dipetik dari Soompi, Taeyang memberitahu, hubungan cintanya dengan pelakon Min Hyo Rin memberi kesan kepada muziknya.

Kenyataan tersebut dibuat ketika sidang media melancarkan album terbaru Taeyang baru-baru ini.

“Min Hyo Rin adalah wanita yang saya cinta dan dia banyak beri pengaruh kepada lagu Eyes, Nose, Lips.

“Secara jujurnya, dia yang paling saya sayang, jadi saya percaya Min Hyo Rin sumber inspirasi pada muzik saya,” kata Taeyang.

Hubungan cinta pasangan ini mula diketahui umum sejak 2015. Taeyang dan Min Hyo Rin mula bercinta selepas bertemu pada 2013 ketika menjalani rakaman video muzik.

Sementara itu, album terbaru Taeyang berjudul White Night baru sahaja dipasarkan pada minggu lalu.