Mina unfollow Seolhyun dan Chanmi

Tidak lama selepas mendedahkan dibuli ketua kumpulan AOA, Jimin sehingga cuba untuk membunuh diri, bekas ahli kumpulan itu iaitu Mina memuat naik mesej ucapan terima kasih kepada peminat-peminatnya.

Mina yang keluar dari kumpulan itu sejak tahun lalu berjanji mendapatkan rawatan pemulihan akibat dibuli sejak 10 tahun bersama kumpulan itu.

Posting tersebut mendapat perhatian anggota kumpulan itu iaitu Hyejeong, Yuna dan Chanmi yang menunjukkan sokongan dengan memberikan tanda suka (like) pada status berkenaan.

Namun apa yang menarik perhatian warganet apabila penyanyi itu dikesan tidak mengikuti Instagram dua rakannya iaitu Seolhyun dan Chanmi. Manakala, Mina masih mengikuti dua ahli lain iaitu Yuna dan Hyejeong.

Perkara itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet tentang apa yang berlaku antara tiga bintang itu. Sehingga kini tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh dua anggota kumpulan itu.

Pada 3 Julai lalu, Mina menerusi Instagram mendedahkan cuba mengambil nyawanya sendiri berikutan tidak tahan dibuli oleh ketua kumpulan itu iaitu Jimin. Susulan pendedahan itu, Jimin meminta maaf secara peribadi dan mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan berkenaan serta merta. – Agensi

Mina menerusi Instagram mendedahkan cuba membunuh diri berikutan tidak tahan dibuli oleh ketua kumpulan itu iaitu Jimin. – Agensi