Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

MINDEF sasar bina 40 rumah untuk veteran

KAJANG, 2 FEB – Kementerian Pertahanan menyasarkan untuk membina sebanyak 40 buah rumah di seluruh negara tahun ini menerusi Projek Inisiatif Perumahan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata sasaran itu dilihat mampu dicapai berdasarkan pencapaian tahun lepas iaitu 25 rumah telah berjaya dibina. 

Beliau berkata kos pembinaan rumah berkeluasan 850 kaki persegi dilengkapi tiga bilik tidur dan sebuah bilik air itu dianggarkan berjumlah RM85,000 dan projek itu dijalankan dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad.

“Untuk tahun ini kementerian mahu menyiapkan sebanyak 40 buah rumah yang mana ia diberikan secara percuma kepada veteran ATM yang kurang berkemampuan tetapi mempunyai tanah sendiri.

“Jika tanah berkenaan mempunyai banyak pemilik atau milik anggota keluarga yang lain, ia memerlukan persetujuan bertulis daripada semua individu berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Koperal (bersara) Sarafuddin Suhaimi di kediamannya di Taman Semarak, di sini, hari ini. – Bernama

Adly (kiri) melawat Koperal (B) Safaruddin Suhaimi yang menghidap kanser usus tahap dua, ketumbuhan paru-paru dan kudung kaki akibat jerangkap samar semasa Ops Gubir 1985 di Taman Semarak kelmarin. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -