Minggu Fesyen Digital pertama Milan

MILAN – Prada menjadi tajuk utama Hari Pertama Minggu Fesyen Digital yang pertama di Milan pada Selasa lepas dengan memaparkan siri video bertajuk ‘the show that never happened’.

Minggu fesyen mewah menyesuaikan diri dengan situasi pandemik COVID-19 dengan memindahkan pertunjukan dari atas pentas ke platform digital.

Ia perlu diteruskan, atau membatalkannya musim ini, pilihan yang sukar bagi industri fesyen di Itali yang dijangka mengalami penurunan pendapatan sehingga 20 ke 30 peratus tahun ini, dari 67 bilion euro (AS$76 bilion) tahun lalu.

Oleh itu, tugasnya sekarang adalah untuk menimbal balik kerugian yang dialami dan menjaga hubungan dengan pengguna dan mengeluarkan paparan digital memandangkan keperluan untuk menjaga penjarakan sosial. Prada menceritakan kisah minggu fesyen tersebut melalui lima video oleh artis antarabangsa, yang menampilkan koleksi dengan latar ruang pameran Fondazione Prada di Milan.

“Kami sudah terbiasa melakukan pertunjukan fesyen,” kata Miuccia Prada melalui e-mel kepada wartawan.

Pejalan kaki sedang menyaksikan pertunjukan fesyen Moschino semasa Minggu Fesyen Digital Milan, di Milan, Itali, pada 14 Julai. – AP
Prada menjadi tajuk utama Hari Pertama Minggu Fesyen Digital yang pertama di Milan pada Selasa lepas dengan memaparkan siri video bertajuk ‘the show that never happened’.

“Tetapi ketika anda tidak dapat membuat persembahan fizikal, anda harus mencipta karya dengan cara jalan lain.”

Melalui pandangan pembuat filem, fokus beralih dari siluet ke lebih terperinci, selalunya dengan peralihan yang sengaja kabur.

Penekanan lebih kepada gaya filem sesuai dengan sokongan seni kontemporari Fondazione Prada daripada penampilan mereka sendiri. Sebagai jurugaya, Ovidiu Buta meletakkan di Instagramnya “Video yang hebat. Tetapi di mana pakaiannya. Di mana Prada?”

Jawapannya, bagi sesiapa yang mencari, terdapat di laman web ruang fesyen, di mana semua 30 penampilan dipaparkan satu persatu. Tetapi, kegembiraan dan tenaga yang dihasilkan oleh pertunjukan langsung terhad kepada tetamu undangan sahaja tidak dihadiri oleh penggemar media sosial.

Persembahan digital MSGM Massimo Giorgetti menyampaikan video visi pra-pandemik yang cukup menggembirakan pemuda, dengan pasangan berjalan di pinggir tasik dengan seluar jean dua warna untuknya dan gaun merah jambu.

Selain itu, satu video menunjukkan orang-orang muda bermain bola keranjang dan berlari di taman tema, lelaki-lelaki itu berpakaian berlapis musim panas, gadis-gadis itu memakai pakaian kasual.

Penampilan Moschino yang diilhamkan oleh polka, menunjukkan seni kebanggaan Itali, tiga warna iaitu hijau, putih dan merah muncul dalam kemejanya dan rok untuknya.

Philipp Plein adalah modelnya sendiri, mempamerkan penampilan sporty, termasuk kasut emas 24 karat dan jaket bertatahkan helang yang memerlukan seminggu untuk menyiapkannya.”

Hari ini, saya berada di titik di mana saya harus memikirkan semula apa yang akan terjadi di masa depan,’’ kata Plein kepada penonton videonya.

‘’Saya masih mempercayai impian saya. Tidak ada yang dapat menghentikan ini, bahkan virus itu.’’

Hanya dua rumah fesyen yang mengadakan pertunjukan langsung minggu ini di Milan iaitu Dolce &Gabbana dan Etro.

Sebagai tambahan kepada 40 persembahan fesyen digital selama empat hari, laman web ruang fesyen menganjurkan 10 jenama antarabangsa di pasar hab fesyen dan melancarkan 11 jenama baharu.

Sembilan pembeli telah dibawa ke Milan dari Perancis, Britain dan Rusia oleh Perdagangan Itali dan agensi pelaburan untuk acara itu, yang mana presiden agensi itu, Carlo Maria Ferro, menyebut tanda bahawa Milan kembali berniaga.

Minggu lalu di Paris, keseluruhan koleksi pakaian dan pakaian lelaki disajikan di platform video, yang menghantar kapal menyusuri Sungai Seine untuk kegembiraan orang Paris yang menonton dari tebing dan jambatan.

Di Milan, skrin besar yang memaparkan pertunjukan digital di lokasi-lokasi di seluruh kota nampaknya tidak mendapat perhatian sedikit pada hari pertama pertunjukkan fesyen, tanpa suara untuk menunjukkan bahawa itu hanyalah iklan.

Lebih ramai orang melewati gambar yang terdapat di sisi Duomo dan di skrin di Navigli daripada berhenti untuk menonton.

Usaha untuk menampilkan semula persembahan fesyen adalah bagi mengekalkan minat pengguna, di mana terdapat rancangan yang masih belum pasti untuk minggu fesyen bulan September yang biasanya menumpukan perhatian pada garis pakaian wanita yang lebih tinggi. COVID-19 melanda Eropah semasa pertunjukan fesyen pakaian wanita pusingan Februari, kes pertama di Itali disahkan hanya sejam dari Milan, ibu kota fesyen Itali. Giorgio Armani, yang keluar dari babak digital, adalah yang pertama yang mengeluarkan amaran berhati-hati, menayangkan pertunjukan dari teater kosong kerana jumlah kes yang dilaporkan terus meningkat.

“Kita harus mencari normal baharu dalam minggu fesyen’’ kata Datuk Bandar Milan, Giuseppe Sala dalam ucapan perasmian Minggu Fesyen Digital.

Persatuan Altagamma pengeluar Itali menyusun cadangan untuk meningkatkan sektor yang menghasilkan hampir tujuh peratus daripada KDNK Itali, dengan mengambil kira 400,000 pekerja.

Di Eropah, industri fesyen bernilai empat peratus daripada KDNK atau 800 bilion euro, dengan dua juta pekerja. Saranan tersebut termasuk melabur dalam latihan, mempromosikan perjalanan mewah, melabur dalam inovasi dan mempromosikan pasaran tunggal sebagai mesin untuk melancarkan semula ekonomi Kesatuan Eropah dan Itali.

“Kepentingan strategik industri fesyen belum sepenuhnya dihargai oleh institusi Itali dan Eropah,’’ kata Presiden Altagamma Matteo Lunelli minggu lalu, sambil menambah kepentingan budaya sektor ini mewakili produksi jurugaya yang terbaik. – AP