Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Minggu hambar Atletico berterusan

    MADRID, 1 Okt – Minggu hambar Atletico Madrid susulan kekalahan Liga Juara-Juara kepada Chelsa berterusan apabila mereka tercicir lagi dalam pemburuan gelaran La Liga selepas seri 0-0 di Leganes semalam.

    Tetapi dengan aksi menyelamat Jan Oblak di separuh masa kedua untuk menafikan Nabil El Zhar, Leganes mungkin telah mencipta kemenangan pertama mereka ke atas Atletico di liga teratas.

    Keputusan seri buat kali ketiga dalam tujuh perlawanan musim ini menyaksikan Atletico ketinggalan satu mata di belakang Sevilla, yang melonjak ke tangga kedua setelah menang 2-0 ke atas Malaga.

    Barca boleh melanjutkan pendahuluannya di persada liga kepada lima mata dengan kemenangan di laman sendiri menentang Las Palmas hari ini.

    Real Madrid juga akan beraksi hari ini dengan menghoskan Espanyol.

    Bos Atletico Madrid, Diego Simeone membuat empat perubahan daripada pasukan yang bermula menentang Chelsea dalam usaha menyegarkan pasukannya.

    Pertahanan Leganes, Joseba Zaldua (kiri) cuba merebut bola daripada kawalan penyerang Atletico, Angel Correa dalam aksi La Liga. – AFP

    Bagaimanapun, pasukan pelawat masih kelihatan keliru dengan perubahan sistem kepada tiga pertahanan.

    Dan Simeone menyalahkan permainan pasukannya menentang juara Inggeris itu serta jadual padat awal musim yang menyaksikan Atletico bermain setiap tiga hari dalam sembilan perlawanan mereka setakat musim ini di stadium baru mereka, Wanda Metropolitano.

    “Para pemain sudah bermain banyak perlawanan dalam tempoh yang singkat sejak rehat antarabangsa terakhir,” kata Simeone.

    “Mereka adalah manusia, kerja mereka adalah bekerja keras dan ia bukan mudah untuk memberikan 100 peratus dalam setiap perlawanan.

    “Memandangkan kesukaran yang kami hadapi dalam perlawanan di laman luar, perlawanan Liga Juara-Juara dan perlu menyesuaikan dengan gelanggang baru kami, saya fikir kami dalam prestasi yang baik.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda