Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Pusat Membeli-Belah Times Square, Berakas akan mengadakan Minggu Hari Raya, Sempena Hari Raya Aidilfitri selama dua hari bermula esok.
Acara berkenaan akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti peraduan makan, membuat paket raya, dip the raya packets, peraduan mewarna dan banyak lagi.
Pada hari pertama, peraduan mewarna akan diadakan bagi kanak-kanak berumur enam hingga 11 tahun pada sebelah petang.
Sementara Peraduan Makan pula akan diadakan pada sebelah malam hari kedua. Selain itu, aktiviti-aktiviti lain juga akan diadakan di atrium pusat membeli-belah berkenaan.