Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    Minggu Teknologi Digital 2022 buka tirai

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Dengan mengetengahkan tema Teknologi Digital: Ke Arah Perubahan dengan Norma Baharu, Minggu Teknologi Digital 2022 Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (MYCE), adalah selaras dengan gagasan yang digariskan dalam Pelan Induk Digital 2025 Negara Brunei Darussalam.

    Minggu Teknologi Digital MYCE 2022 berlangsung selama empat hari bermula hari ini hingga 11 Jun di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, dan telah dilancarkan bersama oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin; Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhor-mat Pengiran Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha dan Menteri Kebu-dayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Terdahulu sebelum pelancaran berkenaan, Setiausaha Tetap di Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), Ir Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof dalam kata alu-aluannya menyatakan bahawa persidangan berkenaan akan meliputi 26 topik meluas yang menarik termasuk transformasi digital, 5G Readiness, bandar raya pintar, analisis data, industri kreatif dan sekuriti data.

    Ia bermatlamat untuk meningkatkan lagi kefahaman mengenai pembangunan teknologi digital dalam norma baharu dengan penyertaan daripada sektor kerajaan, institusi pendidikan tinggi, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sektor swasta dan organisasi bukan kerajaan (NGO), tambahnya.

    Minggu Teknologi Digital dianjurkan bersama oleh MTIC, InfoCom Federation Brunei (IFB) dan Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan disertai oleh 40 buah agensi daripada sektor kerajaan dan swasta yang mempamerkan inisiatif dan produk-produk yang mendukung transformasi digital.

    Antara agensi yang turut serta termasuk MTIC, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (EGNC), Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI), Cyber Security Brunei (CSB), syarikat-syarikat Brunei Shell Joint Venture (BSJV), Syarikat Penerbangan Diraja Brunei Sdn Bhd (RB) serta syarikat-syarikat pembekal perkhidmatan digital termasuk UNN, Datastream Digital Sdn Bhd (DST), imagine Sdn Bhd dan Progresif Sdn Bhd, IT Protective Security Services Sdn Bhd (ITPSS) dan Dynamik Technologies Sdn Bhd.

    Semasa acara itu, Yang Berhormat Pengiran Shamhary juga berkesempatan melancarkan laman sesawang Brunei Computer Emergency Response Team (BruCERT), www.secureverifyconnect.info.

    Minggu Teknologi Digital juga menyaksikan sesi persidangan yang bertajuk Laluan ke arah Ekosistem Digital dan Pengalaman Ekonomi.

    Yang Berhormat Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bersama-sama melancarkan Minggu Teknologi Digital semasa Brunei MYCE 2022 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, kelmarin.
    Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi ketika melancarkan laman sesawang Cyber Security Brunei.
    Menteri-menteri kabinet menyaksikan pameran yang diadakan.
    Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi ketika mengunjungi petak pameran imagine.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...