Mingguan Keluarga Ceria labuh tirai

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jan – Mingguan Keluarga Ceria dengan tema ‘Bubble Night’ yang berlangsung di kawasan Lapang, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah selama 10 hari telah berakhir semalam.

Acara tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan apabila lebih 200 pengunjung hadir bagi memeriahkan lagi suasana mingguan keluarga.

Pelbagai kegiatan telahpun dijalankan sepanjang pesta itu seperti Kiddy Car Rides, henna, melukis muka, permainan Angry Birds, bouncer, pameran binatang reptilia dan banyak lagi.

Acara tersebut merupakan anjuran Rayyan Event Management yang turut disokong oleh Fete Event Management dan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi menggalakkan orang ramai berkunjung ke Kompleks Yayasan di samping dapat meluangkan masa bersama keluarga semasa musim cuti persekolahan.

Semasa Mingguan Keluarga Ceria dengan tema ‘Bubble Night’ berlangsung di kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Semasa Mingguan Keluarga Ceria dengan tema ‘Bubble Night’ berlangsung di kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.