Minhyun bebas COVID-19

Agensi pengurusan NU’EST iaitu Pledis Entertainment menafikan dakwaan yang mengatakan salah seorang anggota kumpulan itu, Minhyun telah jangkitan wabak koronavirus atau Covid-19.

Menurut laporan Soompi, sumber terdekat memberitahu Minhyun dan semua pekerja yang terlibat ketika menghadiri acara minggu fesyen di Milan, Paris bebas daripada virus itu.

“Dakwaan yang mengatakan Minhyun terkena jangkitan koronavirus itu tidak benar. Semua pekerja termasuk Minhyun sudah jalani pemeriksaan.

“Keputusan pemeriksaan itu menunjukkan mereka bebas daripada dijangkiti virus tersebut,” katanya.

Selain Minhyun, selebriti Chungha, Song Hye Kyo, IU, Han Ye Seul dan Park Min Young turut menghadiri acara yang sama baru-baru ini.

Bagaimananapun, dilaporkan dua orang pekerja penyanyi Chungha disahkan dijangkiti koronavirus. – Agensi

Keputusan pemeriksaan menunjukkan Minhyun bebas daripada jangkitan koronavirus. – Agensi