Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    MINI Resolute Edition dilancarkan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – MINI Asia dan MINI Brunei hari ini mengumumkan pelancaran MINI tiga pintu edisi istimewa khusus iaitu MINI Resolute Edition.

    Pada majlis pelancaran yang berlangsung di Bilik Pameran MINI di Beribi itu, QAF Auto Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan MINI di Brunei Darussalam turut meraikan Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) bersama para pelanggan dan jemputan yang hadir.

    Selain itu, MINI Brunei turut mengadakan cabutan bertuah untuk 10 pemilik MINI dengan menghadiahkan Apple Macbook Pro kepada seorang pemenang.

    Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang bertuah itu ialah Pengurus Besar QAF Auto, Alisa Khoo.

    MINI Resolute Edition jelas menekankan keperibadian, gaya tradisional, keyakinan diri, dan karisma yang tidak dapat disangkal daripada yang asli dalam segmen premium kelas kenderaan kompak.

    Mini Resolute Edition kini boleh dilihat di Bilik Pameran MINI Brunei, Beribi.
    Mini Resolute Edition kini boleh dilihat di Bilik Pameran MINI Brunei, Beribi.
    Alisa Khoo bergambar bersama Mini Resolute Edition baharu.
    Alisa Khoo bergambar bersama pemenang cabutan bertuah.
    Alisa Khoo menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.
    Sambutan Tahun Baharu Cina turut diadakan semasa acara tersebut.

    Ia ditawarkan secara eksklusif di Brunei sebagai Cooper S 3-Door. Ciri-ciri reka bentuk dan peralatan eksklusif Edisi Resolute mengukuhkan sifat model-model MINI, dan menggabungkannya dengan reka bentuk moden dan berkualiti tinggi.

    Ciri-ciri reka bentuk luaran termasuk kedua-dua skema warna gaya tradisional dan peniadaan unsur krom, yang akan menjadi sesuatu perkara biasa pada model MINI masa hadapan atas sebab kemapanan.

    Warna Rebel Green di bahagian luar, yang sebelum ini hanya tersedia untuk MINI John Cooper Works, menandakan kesukanan yang tulen.

    Ia digabungkan dengan kemasan bumbung Pepper White dan penutup cermin luaran Pepper White yang sepadan.

    Di bahagian dalam, warna dan bahan sporty klasik digabungkan dengan teknologi digital termaju.

    Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh menyaksikannya di Bilik Pameran MINI Brunei.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...