Minit Fed diterima bercampur-baur

HONG KONG, 22 OGOS – Pasaran Asia sebahagian besarnya naik hari ini tetapi para peniaga masih berwaspada susulan pendedahan minit-minit Rizab Persekutuan yang memberikan perasaan bercampur-baur, dengan ucapan daripada pengerusinya hujung minggu ini terus menjadi tumpuan.

Donald Trump memberikan harapan baharu bagi perbincangan perdagangan China-AS dengan mengatakan satu perjanjian ‘mungkin’ akan dicapai, dan Wall Street mengakhiri hari dengan keuntungan sihat hasil keputusan blokbuster daripada peruncit yang menandakan adanya permintaan tinggi daripada pengguna.

Tetapi para pelabur di Asia masih bertenang menanti ucapan Jerome Powell kepada simposium bank-bank pusat di Jackson Hole, Wyoming Jumaat ini, yang akan diteliti bagi mana-mana idea dasar kadar faedah Fed. – AFP

Gambar fail yang diambil pada 2 November 2017 menunjukkan Presiden Donald Trump bersama Jerome Powell di Rumah Putih. – AFP