Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Minjee Lee rampas pendahulu Terbuka AS

    WASHINGTON, 5 JUN – Pemain dari Australia, Minjee Lee melakukan pukulan empat-bawah-par 67 untuk mencatat rekod perolehan mata 54-lubang dan mendahului tiga pukulan selepas aksi pusingan ketiga yang berlangsung di Terbuka Amerika Syarikat (AS) ke-77, kelmarin.

    Minjee Lee melakukan satu pukulan bogey dengan lima birdie, empat kali berturut-turut dari lubang kesembilan, untuk mengumpulkan 13-bawah 200 bagi memasuki pusingan akhir di Pine Needles, Selatan Pines, Carolina Utara.

    Mata keseluruhan yang diperoleh Lee telah memecahkan rekod kejohanan 54 lubang yang dicapai oleh pemain AS, Juli Inkster pada tahun 1999 di Old Waverly dan kejayaan tersebut menjadikan dia sebagai pemain yang akan merangkul hadiah utama berjumlah AS$1.8 juta, hari ini.

    Sementara itu, Mina Harigae telah membuat 70 pukulan untuk menduduki tempat kedua, manakala Bronte Law dari England menduduki tempat ketiga dengan catatan mata perolehan sebanyak 206 selepas berjaya mendapatkan 68-lubang. – AFP

    Reaksi Minjee Lee selepas melakukan percubaannya memasukkan bola ke dalam lubang ke-16 semasa pusingan ketiga Terbuka AS Wanita ke-77 di Pine Needles. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...