Wednesday, February 1, 2023
23.8 C
Brunei

-

Mintah tidak gentar hadapi saingan

KUALA NERUS, 18 JAN – Pemain import kelahiran Ghana, Jordan Mintah tidak gentar bersaing dengan dua penyerang baharu bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan Terengganu FC (TFC).

Sebaliknya, beliau yang pernah mencetak nama sebagai penjaring terbanyak Liga Premier musim 2021 menganggap ia sebagai cabaran untuk menampilkan prestasi lebih cemerlang pada musim ini.

Walaupun ditawarkan kontrak oleh beberapa pasukan lain, Mintah, 27, yang memiliki ketinggian 1.82 meter itu berkata beliau tetap memilih untuk kekal bersama skuad Penyu kerana beberapa faktor termasuk keindahan alam semulajadi dan budaya di negeri itu.

“Sesuatu yang bagus untuk saya kembali. Saya gembira dapat kembali ke Terengganu selepas separuh musim bersama Kuala Lumpur City (KL City FC) tahun lepas.

“Sudah tentu ada persaingan tapi saya akan lakukan yang terbaik untuk mendapatkan tempat. Memang bukan mudah tapi dengan kerja keras, tiada yang mustahil,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak, di sini.

Mintah berkata beliau akan menggunakan pengalaman ketika bersama skuad bimbingan Bojan Hodak untuk membantu TFC jika diberi peluang membarisi kesebelasan utama pasukan itu nanti. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hampir 50 maut dalam insiden letupan masjid

PESHAWAR, PAKISTAN, 30 JAN – Pegawai polis antara kira-kira 47 orang terbunuh dan 150 lagi cedera dalam satu letupan di sebuah masjid di dalam...
- Advertisment -