Minum petang bersama MINI

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Cina 2017, QAF Auto Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan MINI di Negara Brunei Darussalam telah me-nganjurkan Pesta Minum Petang Tahun Baru Cina di Bilik Pameran MINI, Mabohai, di sini, hari ini.

Pesta diadakan untuk menyambut Tahun Baru Cina yang bakal menjelang dengan menyajikan pelanggan MINI dengan pelbagai hidangan seperti dim sum, nasi goreng, ayam bakar, pilihan minuman panas dan minuman istimewa daripada Ding Tea sebagai penghargaan atas kesetiaan mereka selama ini.

Pelanggan juga berkesempatan untuk mengetahui dengan lebih lanjut promosi terbaru Tahun Baru Cina dan uji pandu yang mana pelanggan berpeluang memenangi hadiah-hadiah segera.

Orang ramai juga boleh mengetahui lagi kehebatan jenama MINI dan model-model terkini yang sudah menjadi kereta rebutan di Negara Brunei Darussalam terutama kepada peminat kereta buatan British itu.

MINI Clubman S model 2015 yang kini berada di Brunei, didatangkan dengan rangka lebih besar dan lebar berbanding model Clubman sebelum ini. Keluaran baru MINI Cooper S Clubman dikuasakan dengan enjin 2.0 Liter 4-Silinder generasi terkini dengan kekuatan kuasa teknologi MINI TwinPower Turbo yang mampu menjana sehingga 192 kuasa kuda.

Pelanggan MINI menikmati jamuan yang disediakan oleh QAF Auto Sdn Bhd sempena kedatangan Tahun Baru Cina tahun ini.
Pelanggan MINI menikmati jamuan yang disediakan oleh QAF Auto Sdn Bhd sempena kedatangan Tahun Baru Cina tahun ini.
Hidangan teh-teh yang disediakan.
Hidangan teh-teh yang disediakan.
 Para pelanggan MINI melihat secara lebih dekat kenderaan-kenderaan MINI yang dipamerkan.
Para pelanggan MINI melihat secara lebih dekat kenderaan-kenderaan MINI yang dipamerkan.