Minum petang eksklusif untuk pelanggan

Gambar serahan Bank Standard Chartered

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Seramai 30 orang pelanggan Bank Standard Chartered telah menghadiri acara minum petang eksklusif yang diadakan dengan kerjasama Porsche di Pusat Porsche Brunei, Beribi, kelmarin.

Hadir mengalu-alukan tetamu ialah Pengurus Jualan Pusat Porsche Brunei, Ampuan Mohd Anwar bin Ampuan Dr Haji Brahim yang memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan.

Ketua Perbankan Priority di Standard Chartered, Tiam Yap Chen dalam ucapan ringkasnya berkata, Standard Chartered gembira untuk bekerjasama dengan Porsche bagi acara eksklusif berkenaan untuk memberi pelanggan pengalaman penerokaan Porsche dengan aktiviti-aktiviti interaktif.

“Acara seperti ini bukan sahaja menggambarkan kerjasama kukuh dengan rakan-rakan niaga utama malah komitmen kami kepada pelanggan bagi manfaat tambah nilai dan keistimewaan yang melengkapi gaya hidup yang diingini,” ujarnya.

Menurut kenyataan yang diberikan, pada acara itu, tetamu disajikan hidangan menyelerakan sambil melihat pelbagai modal Porsche di bilik pameran berkenaan.

Mereka juga mengikuti aktiviti-aktiviti mengenai bagaimana menyesuaikan model Porsche yang diinginkan.

Antara pelanggan yang hadir pada majlis tersebut.
Tiam Yap Chen ketika menyampaikan ucapan alu-aluannya.