Minuman keras: $9,000 melayang

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan seorang lelaki warganegara Malaysia membayar denda berjumlah $9,000 kerana membawa minuman keras dan gagal membuat pengistytiharannya.

Yu Ek Choon, 38, bakal menjalani hukuman penjara sembilan bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Majistret Kanan Kamaliah Fadhilah binti Haji Ibrahim dimaklumkan oleh Pendakwa Kastam Haji Mohd Junaidi bin Haji Ahmad bahawa tertuduh didapati membawa sebanyak 462 tin minuman keras menggunakan lori dan gagal mengisytiharkannya semasa tiba di Pos Kawalan Sungai Tujoh pada 15 April lalu pada jam 9:11 pagi.

Mahkamah memerintahkan barangan yang dirampas untuk dihapuskan.

Tertuduh diwakili oleh Peguam Rozaiman Abdul Rahman dalam kes tersebut.