Minyak di Pulau Faroe, satu ilusi atau keajaiban?

SETELAH menaruh harapan untuk mendapat kemerdekaan daripada kerajaan Denmark, impian dan cita-cita Pulau Faroe terhadap bonanza minyak bertukar menjadi sebuah ilusi berbanding satu keajaiban.

“Kami terlalu yakin bahawa di sini akan ada sumber minyak dan gas,” kata Kristina Hafoss, Menteri Kewangan, wilayah Denmark di kawasan Utara Atlantik, kepada media AFP. Perkara itu dibuktikan dengan ketiadaan satu pun platform minyak di kawasan itu?

“Ia merupakan satu soalan yang membuatkan beberapa buah syarikat untuk keluar dan mencari sumber itu dan pasti akan berjaya menemuinya,” kata perwakilan sebuah syarikat minyak dan gas yang bersedia untuk mencari minyak di pulau tersebut.

Pada tahun 2000, Britain BP, Norway Equinor atau lebih dikenali sebelum ini sebagai Statoil dan Syarikat dari Itali, Eni merupakan barisan syarikat-syarikat yang berlesen dan menawarkan usaha untuk mencari minyak di kawasan perairan Faroese.

Selepas menjalankan sebanyak sembilan penggalian, kebanyakannya meluahkan rasa kecewa malah semangat untuk mencari sumber itu kini semakin lemah.

Walaupun penemuan minyak terbesar masih belum ditemui, namun Pulau Faroe tetap diramalkan kaya dengan sumber minyak dan gas. – AFP
Kegagalan untuk mencari sumber emas itu sekali gus memadamkan harapan dan hasrat besar warga Faroe untuk berdiri atas kerajaan sendiri. – AFP

Minyak dan gas berjaya ditemui di beberapa buah lokasi, namun kuantitinya tidak cukup banyak untuk dijadikan produksi komersial.

Equinor, syarikat minyak terakhir untuk mengekalkan pejabat mereka di Pulau Faroe kemudian menutup pintu mereka pada tahun 2015.

“Kami telah melakukan sebanyak empat penggalian di beberapa buah lokasi namun tidak memperolehi sebarang minyak yang cukup untuk dikomersialkan. Berdasarkan kepada potensi yang kami lihat terhadap pulau ini, keputusan kami adalah untuk keluar,” kata jurucakap syarikat tersebut, Erik Haaland kepada media.

Baru-baru ini, semasa proses memberikan permit lesen baharu, hanya sebuah syarikat sahaja yang berminat untuk melakukan proses pencarian minyak di kawasan itu akan tetapi tidak ada sebarang lesen dikeluarkan kepada syarikat itu.

Induksi yang positif

Kegagalan untuk mencari sumber emas itu sekali gus memadamkan harapan dan hasrat besar warga Faroe untuk berdiri atas kerajaan sendiri, namun ekonomi archipelago itu semakin meningkat berikutan keuntungan yang diperolehi melalui industri perikanan dan sektor ternakan ikan.

Disebabkan penduduk pulau itu sebanyak 50,000, idea untuk ‘bermain’ mendapat kemerdekaan dari Denmark semakin berkobar-kobar.

Pusat Penyelidikan geologi Faroe, berusaha untuk memanfaatkan apa yang ada di pulau itu berdasarkan situasi yang berlaku.

“Ia sebenarnya, sangat mengecewakan, saya tidak akan menunjuk jari, ia disebabkan oleh masa, namun perkara ini tidak memeranjatkan saya,” kata pakar geologi marin, Heri Ziska, merujuk kepada kadar harga minyak yang semakin lemah, menyebabkan industri minyak dan gas untuk melecutkan beberapa pelaburan semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.

Walau bagaimanapun, “Kami sangat positif terdapat beberapa induksi daripada beberapa buah syarikat minyak. Kami dapat melihat, mereka sedang bekerja di kawasan pulau tersebut,” tambah Heri lagi kepada media.

Pulau berdekatan seperti Pulau Shetlands, terkenal sebagai sebuah pulau kaya dengan sumber minyak dan gas.

Kumpulan Anglo-Dutch Shell dan Kumpulan Chevron, Amerika Syarikat telah bersedia untuk membina ladang Combo dan Rosebank, yang akan terletak di kawasan bersebelahan dengan sempadan marin Faroe.

“Apabila anda ketahui, ia hanya terletak beberapa kilometer dari sempadan Faroe, agak sukar untuk menentukan sama ada minyak di situ,” desak Poul Michelsen, Menteri Luar Negeri Faroe yang bertanggungjawab terhadap isu minyak dan gas di pulau berkenaan.

Industri luar pantai yang bertenaga

Sebagai tambahan terhadap lokasi geografi, Pulau Faroe turut mempunyai satu cabaran yang rumit iaitu keadaan permukaan lantai laut yang terdiri daripada batu igneus, batu yang terhasil daripada api gunung berapi, lantaran itu menyukarkan lagi proses penggalian dan menjadikan proses menjadi lebih mahal. Walaupun penemuan minyak terbesar masih belum ditemui, namun Pulau Faroe tetap diramalkan kaya dengan sumber minyak dan gas.

Dengan sumber tradisi maritim yang kuat berdasarkan kepada akar warisan Viking mereka, lebih daripada 1,000 penduduk mereka bekerja di sektor pesisir pantai, sama ada di Faroes atau di tempat yang lain.

“Ia merupakan satu kejayaan yang besar terhadap minyak jika ia berjaya ditemui, kami tidak mempunyai produksi minyak akan tetapi kami akan berjaya mendapatkan keuntungan yang besar daripada minyak dan gas,” tambah Ziska lagi kepada media.

Regin Joensen merupakan salah seorang daripada penduduk pulau tersebut yang bekerja di pelantar minyak dan bekerja di bawah syarikat minyak dan gas dari Norway. Regin menjawat sebagai seorang penyelia penerokaan kawasan terpencil di bawah laut di kawasan berdekatan Ivory Coast.

“Bekerja dengan kontrak Norway, pendapatan sangat menakjubkan. Jika saya bekerja di Laut Utara, saya akan berada di pelantar selama dua minggu dan pulang berehat selama empat minggu. Bekerja di kawasan Afrika, putaran kerja adalah sebanyak empat minggu bekerja dan lapan minggu untuk berehat,” tambah Regin kepada media.

Bagi purata kerja selama 134.3 hari, dia telah memperolehi sebanyak 6,000 euro iaitu sekitar AS$7,000 dan mendapat sebanyak 935 euro untuk tambahan hari. Berusia 52 tahun, dia tidak dapat membayangkan bagaimana untuk bekerja di sektor perusahaan yang lain. – AFP